MPM jumpa Syed Saddiq bentang hala tuju sukan para

Megat D shahriman (lima,kiri) bersama exco MPM ketika pertemuan dengan Syed Saddiq, sebentar tadi.
Megat D shahriman (lima,kiri) bersama exco MPM ketika pertemuan dengan Syed Saddiq, sebentar tadi.
A
A
A

KEPIMPINAN baharu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menggariskan tiga perkara utama dalam pembentangan hala tuju mereka kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, antara perkara tersebut adalah memperkasakan semua 24 persatuan sukan kebangsaan di bawah naungan mereka.

Selain itu, katanya MPM juga dalam proses memperbanyakkan program bagi memastikan semua persatuan sukan mampu berdaya saing dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan.

Ketiga, pihaknya menyampaikan cadangan untuk membangunkan tanah milik badan sukan negara itu yang terletak berhampiran Kg Attap bagi membolehkan MPM mempunyai bangunan sendiri sama seperti Majlis Olimpik Nalaysia.

"Kami di MPM telah membentangkan sedikit sebanyak mengenai hala tuju MPM bagi penggal 2019-2023 dalam kunjungan hormat ke pejabat menteri.

"Kami telah berkongsi idea dan penekanan utama MPM kepada menteri, yang mana kami telah tetapkan tempoh masa tertentu untuk kami jayakan misi utama ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat ke Pejabat Syed Saddiq di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, pagi tadi.

Dalam kunjungan hormat itu, Megat turut ditemani semua EXCO MPM termasuk Timbalan Presidennya, Dr S Radha Krishnan.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Megat mengesahkan menerusi pertemuan itu Syed Saddiq turut menegaskan bahawa segala peruntukan kewangan adalah mencukupi untuk atlet Para.

"Menteri menekankan bahawa sumber kewangan untuk atlet sentiasa mencukupi dan pihaknya juga telah mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

"Istilah kita berdepan kekangan dana adalah tidak benar dan Menteri sendiri mahukan yang terbaik untuk atlet Para dan berharap untuk kita mencapai keputusan yang cemerlang di Sukan Paralimpik 2020.

"Malah, beliau telah memaklumkan beliau sendiri akan turun berjumpa atlet untuk dapatkan gambaran sebenar mengenai keperluan mereka, selain meminta MPM untuk terus memantau perkembangan dan pencapaian atlet," katanya.