Bapa ubah rumah jadi istana permainan, elak anak main gajet

Zhang dan anaknya bermain bersama-sama dalam rumah yang diubah menjadi istana permainan. Foto Agensi
Zhang dan anaknya bermain bersama-sama dalam rumah yang diubah menjadi istana permainan. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang ayah di wilayah tengah China berusaha menangani ketagihan telefon anak-anaknya apabila mengubah rumah mereka menjadi istana permainan, lapor South Morning Post

Dalam video dikongsi Sistem Penyiaran Henan pada 11 September lalu, Zhang, 35, dari Zhengzhoum wilayah Henan menceritakan inovasinya di sebalik pengubahsuaian rumah mereka itu.

"Jika saya tidak membenarkan anak perempuan saya menggunakan telefon atau tablet, dia sememangnya memerlukan aktiviti alternatif untuk bermain.

"Jadi, saya bina mainan yang sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur sekitar tiga atau empat tahun,” jelas Zhang.

Sebelum ini, Zhang memerhatikan anak perempuannya, Nini menghabiskan masa mengadap telefon pintar.

Justeru, bagi menangani ketagihan itu, dia membina hampir 300 mainan untuk Nini termasuk landasan kereta api di keliling rumah mereka.

Selain itu, Zhang juga mengubah pintu rumahnya menjadi permainan blok 'Tetris' dan lubang Mickey Mouse iaitu watak siri kartun yang paling diminati anaknya.

"Saya mencipta pintu ini hanya beberapa hari lalu dengan memotong menjadi sebuah lubang besar di tengah untuk permainan 'Tetris'," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu turut mereka bentuk naga merah jambu sepanjang empat meter yang diilhamkan daripada Tahun Naga.

Usaha Zhang mendapat galakan dalam kalangan netizen apabila memuji langkah diambilnya untuk mengurangkan ketagihan anak-anak terhadap gajet.

"Kita harus menggalakkan ibu bapa seperti ini untuk mempunyai lebih ramai anak," katanya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!