Pemuda UMNO Selangor selar tindakan Lokman Adam

Rizam
Rizam
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Selangor menyelar tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam susulan pendedahan perbincangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketuanya, Rizam Ismail berkata, Lokman Adam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang disifatkan 'batu api' kerana perbuatan itu hanya menjatuhkan imej UMNO.

"Beliau sepatutnya patuh kepada parti dan tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang mendahului kepimpinan parti.

"Kita dalam UMNO meraikan setiap pendapat dan pandangan ahli parti tetapi janganlah sampai memporak-perandakan keadaan yang baik di dalam parti ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid perlu letak jawatan, kata Lokman Adam

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, keputusan Presiden UMNO bukan mengikut kehendak sendiri tetapi satu pertimbangan adil termasuk memikirkan kesan yang bakal diterima demi ahli parti UMNO sendiri.

Beliau mengingatkan Lokman Adam supaya tidak terbawa-bawa dengan budaya politik parti lain yang tidak berdisiplin.

"UMNO bukan sebuah parti yang lahir dari jalanan tetapi hasil perjuangan dan semangat citra politik orang Melayu yang mempertahankan tanah nenek moyang mereka daripada penguasaan penjajah.

Artikel Berkaitan:

"Mohon Lokman Adam tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang mendahului pemimpin parti kerana boleh mendatangkan kerosakan dalaman parti yang lebih teruk daripada apa yang beliau telah lakukan hari ini.

"Saya percaya bahawa keputusan parti akhirnya akan memberi kebaikan bukan sahaja untuk ahli parti malah demi rakyat hari ini, " katanya.