[VIDEO] PRK DUN Mahkota: Syed Hussien enggan janji bulan, bintang

A
A
A

KLUANG - Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah memilih pendekatan untuk tidak menjanjikan 'bulan dan bintang' dalam usaha mendapatkan sokongan 66,318 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu mengambil sikap terbuka untuk sentiasa bersedia mendengar suara hati masyarakat setempat tanpa membezakan agama dan warna kulit, jika dipilih sebagai wakil rakyat pada 28 September ini.

“Sebagai seorang calon wakil rakyat muda, kami tidak mengamalkan janji bulan dan bintang.

“Tetapi apa yang kami kekalkan adalah sifat kekeluargaan maksudnya setiap bangsa dan agama ini dekat di hati saya.

“Kita membuka ruang untuk mereka menceritakan masalah yang ditanggung kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama masyarakat India di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Tembak, di sini pada Selasa.

Syed Hussein ketika program ramah mesra bersama masyarakat India di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Tembak pada Selasa. Foto: Facebook Syed Hussien
Syed Hussein ketika program ramah mesra bersama masyarakat India di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Tembak pada Selasa. Foto: Facebook Syed Hussien

Sebelum ini Syed Hussien memaklumkan Barisan Nasional (BN) masih berbincang sama ada wujud keperluan untuk melaksanakan manifesto khas bagi PRK DUN Mahkota yang kini masuk hari kelima berkempen.

Katanya, setakat ini gerakan kempen BN adalah berteraskan Agenda Maju Johor 2030 yang telah merangkumi pelbagai aspek untuk semua peringkat masyarakat dan hanya perlu diperkasakan di peringkat kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, EXCO Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar optimis dengan penerimaan masyarakat India terhadap Syed Hussien mengambil kira bantuan kerajaan Johor yang tidak pernah meminggirkan mereka.

Jelasnya, peruntukan dana lebih RM16 juta yang disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) melalui Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sejak lebih dua tahun mentadbir negeri ini, turut dinikmati masyarakat India.

“Ini merupakan satu pencapaian yang agak tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Kerajaan Johor memang tak tinggalkan bangsa Johor. konsep itu penting...Masyarakat India juga tidak ketinggalan daripada segi bantuan dana yang diberikan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!