Brandao dari Brazil tajamkan jentera serangan KDN FC

Penyerang import dari Brazil, Washington Brandao bakal memperkuatkan jentera serangan KDN FC pada baki saingan Liga Super musim ini. Foto Facebook KDN FC
Penyerang import dari Brazil, Washington Brandao bakal memperkuatkan jentera serangan KDN FC pada baki saingan Liga Super musim ini. Foto Facebook KDN FC
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) mendapatkan khidmat penyerang import dari Brazil, Washington Brandao bagi memperkuatkan jentera serangan pada baki saingan Liga Super musim ini.

Presiden KDN FC, Rozi Muhammad berkata, pihaknya telah menandatangani kontrak pemain import berkenaan pada jendela perpindahan kedua, menggantikan penyerang import Valdumar Augusto yang menamatkan kontrak bersama pasukan.

"Dia (Washington Brandao) berusia 34 tahun mempunyai pengalaman beraksi di Liga Denmark, Indonesia dan Vietnam selain pernah bermain di Liga Super selama dua musim bersama PJ City FC sebelum kelab itu dibubarkan.

"Brandao juga pernah beraksi dengan pasukan Abahani United FC dalam saingan Liga Premier Bangladesh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Rozi berkata, dengan kehadiran Brandao, KDN FC telah melengkapkan senarai pemain import pada musim ini.

Sebelum ini, KDN FC telah mendapatkan khidmat dua lagi penyerang pemain import baharu iaitu Layth Kharoub dari Palestin serta Aung Kaung Mann dari Myanmar.

"Kami telah membawa masuk tiga pemain tempatan iaitu Muhaimin Izzudin dan Fikri Che Soh secara tetap selain meminjam pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

"Kita berharap dengan kemasukan pemain-pemain ini dapat mengubah corak permainan pasukan sekali gus membantu mengubah kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.

Artikel Berkaitan:

KDN FC menghuni kedudukan tercorot Liga Super dengan hanya memperoleh tiga mata hasil satu kemenangan selepas sembilan perlawanan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!