Taufan Yagi luar biasa badai ASEAN

Kawasan penempatan yang ditenggelami banjir di Thai Nguyen, Vietnam akibat 'amukan' Yagi.
Kawasan penempatan yang ditenggelami banjir di Thai Nguyen, Vietnam akibat 'amukan' Yagi.
A
A
A

VIETNAM - Taufan Yagi yang mengganas di beberapa negara Asia Tenggara antaranya Filipina, Vietnam, Thailand termasuk China telah menyebabkan berlakunya kemusnahan dahsyat.

Bagai padang jarak padang tekukur, beginilah keadaan di pantai Bai Chay, Vietnam selepas Taufan Yagi mendarat di kawasan tersebut.
Bagai padang jarak padang tekukur, beginilah keadaan di pantai Bai Chay, Vietnam selepas Taufan Yagi mendarat di kawasan tersebut.

Menurut laporan media antarabangsa, Vietnam antara negara yang terjejas teruk apabila dilaporkan taufan itu telah meragut nyawa hampir 226 orang sehingga Khamis.

Air banjir menggenangi wilayah Thai Nguyen, Vietnam selepas Taufan Yagi mendarat di negara itu.
Air banjir menggenangi wilayah Thai Nguyen, Vietnam selepas Taufan Yagi mendarat di negara itu.

Keadaan bertambah teruk memandangkan ia dipercayai taufan paling kuat pernah melanda utara Hanoi dalam tempoh kira-kira 30 tahun.

Bencana itu juga menyebabkan sebilangan sungai di utara Vietnam meningkat kepada paras bahaya.

Peta menunjukkan taburan hujan di utara Vietnam, Laos dan Thailand serta Myanmar selepas Taufan Yagi membadai.
Peta menunjukkan taburan hujan di utara Vietnam, Laos dan Thailand serta Myanmar selepas Taufan Yagi membadai.

Sementara itu, pakar alam sekitar percaya ribut ganas dalam tempoh beberapa dekad itu adalah satu lagi impak fenomena pemanasan global yang mungkin menjadikan taufan tropika lebih kuat.

Artikel Berkaitan:

Air yang lebih panas dan udara lembap yang terhasil daripada pemanasan global menyebabkan taufan tropika dan ribut lain.

Rakaman dari udara menunjukkan angin kencang yang dibawa Taufan Yagi membadai kawasan pantai Phuong Luu, utara Vitenam.
Rakaman dari udara menunjukkan angin kencang yang dibawa Taufan Yagi membadai kawasan pantai Phuong Luu, utara Vitenam.

Ribut tropika Yagi bertukar kepada taufan dan mempunyai kelajuan tiupan angin 130 kilometer sejam (km/j), malah boleh mencecah 157km/j, menurut Pusat Amaran Bersama Taufan.

Di Filipina, angka korban banjir dan tanah runtuh akibat Taufan Yagi mencecah 16 orang setelah ia melanda negara tersebut awal bulan lalu.

Pengawal Pantai Filipina (PCG) menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir akibat Taufan Yagi di Allen, Samar Utara.
Pengawal Pantai Filipina (PCG) menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir akibat Taufan Yagi di Allen, Samar Utara.

Di Thailand pula, sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir dan tanah runtuh selepas Yagi membadai utara negara tersebut.

Memetik laporan tempatan, ia melibatkan dua mangsa di Chiang Mai dan dua lagi di Chiang Rai.

Taufan Yagi yang membawa ribut serta hujan menyebabkan kawasan jalan raya di Manila, Filipina ditenggelami air banjir hingga menyebabkan gangguan lalu lintas.
Taufan Yagi yang membawa ribut serta hujan menyebabkan kawasan jalan raya di Manila, Filipina ditenggelami air banjir hingga menyebabkan gangguan lalu lintas.

Pada awal Ogos, Yagi telah mengganas di China dan menyebabkan pemerintah melancarkan pemindahan segera lebih 200,000 penduduk selepas taufan tersebut membadai pantai timur negara itu.

“Yagi melanda wilayah Zhejiang lewat malam tadi, membawa angin sehingga 102km/j.

Seorang wanita berusia dipindahkan dari rumahnya setelah kawasan yang didiaminya ditengelami air banjir di Mae Sai, utara Thailand.
Seorang wanita berusia dipindahkan dari rumahnya setelah kawasan yang didiaminya ditengelami air banjir di Mae Sai, utara Thailand.

“Seramai 204,949 penduduk di 10 bandar termasuk Taizhou, Zhoushan dan Wenzhou terpaksa dipindahkan. Hampir 21,000 bot nelayan diarah berpatah balik ke pelabuhan,” kata agensi berita Xinhua memetik kenyataan ibu pejabat kawalan banjir wilayah berkenaan.

Susulan impak Yagi yang membinasakan, ASEAN telah menyatakan solidariti dengan negara terjejas.

Sebuah jambatan runtuh di wilayah Phu Tho, Vietnam.
Sebuah jambatan runtuh di wilayah Phu Tho, Vietnam.

Menteri-menteri Luar ASEAN pada Rabu menzahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap kemusnahan harta benda yang teruk termasuk hasil pertanian akibat Yagi.

“ASEAN menegaskan solidariti dengan kerajaan dan rakyat negara-negara yang terjejas serta yakin mereka akan dapat mengatasinya dan pulih dengan segera daripada kesan bencana ini.

Pasukan penyelamat membersihkan rimbunan kayu di Lang Nu, Vietnam.
Pasukan penyelamat membersihkan rimbunan kayu di Lang Nu, Vietnam.

“Kami bersedia untuk menghulurkan kerjasama dan sokongan terhadap usaha penyampaian bantuan termasuk melalui Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre),” lapor VNA yang memetik kenyataan bersama Menteri Luar itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Vietnam di Jepun melancarkan kempen pengumpulan dana bagi membantu mangsa di negara itu.

Sebuah kereta meredah air banjir di Chiang Rai, Thailand susulan hujan lebat akibat Taufan Yagi.
Sebuah kereta meredah air banjir di Chiang Rai, Thailand susulan hujan lebat akibat Taufan Yagi.

Selain itu, beberapa negara termasuk Australia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) turut menghantar bantuan ke Vietnam. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!