Penangan isteri muda, tetak tangan suami hingga hampir putus
PURWAKARTA - Kisah cinta pasangan berbeza umur 42 tahun ini berakhir dengan tragis.
Seorang lelaki dikenali sebagai A ditetak isterinya, MM yang baru berusia 17 tahun dalam kejadian di Desa Cikaobandung, Kecamatan Jatiluhur, Kabupaten Purwakarta di Jawa Barat, Indonesia pada Rabu lalu.
Lebih malang, mangsa berumur 59 tahun hampir terputus tangan akibat perbuatan pasangannya.
Menurut pihak berkuasa, MM adalah warga Kecamatan Jatiluhur, Kabupaten Purwakarta.
"Insiden itu berlaku ketika pelaku mengajak mangsa ke rumah rakannya di daerah Parang Gombong, Desa Kutamanah, Kecamatan Sukasari.
"Mangsa membonceng isterinya sebelum motosikal jenis Honda Vario itu dihentikan. MM melakukan kekerasan fizikal sebelum menetak kepala dan tangan kiri suaminya secara tiba-tiba.
"Dia kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan mangsa 'menggelupur' di tepi jalan. Mujur ada penduduk yang lalu di kawasan itu dan membawa mangsa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Bayu Asih Purwakarta," ujar jurucakap polis, Arwin Bachar.
Difahamkan, isterinya akhirnya diberkas tidak lama selepas itu bersama motosikal sebagai barang bukti.
Siasatan telah dijalankan untuk mengetahui punca 'amukan' isterinya itu hingga tergamak berbuat demikian.
Sebelum ini, kisah cinta pasangan berbeza umur 41 tahun di Cirebon, Jawa Barat pernah menjadi tular dan mendapat perhatian warganet.
Siapa sangka hubungan murid dan bekas guru besar berakhir di jinjang pelamin pada tahun lalu malah mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata. - Agensi