Debat Presiden AS tarik 57.5 juta penonton TV - Data Nielsen
PHILADELPHIA - Debat Presiden Amerika Syarikat (AS) antara Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris dan calon Republikan Donald Trump menarik 57.5 juta penonton di tujuh rangkaian televisyen.
Angka itu adalah menurut data awal Nielsen yang dikeluarkan pada Rabu.
Debat malam Selasa itu merupakan kali pertama calon-calon dalam Pilihan Raya Presiden 5 November bertemu secara bersemuka. Angka tontonan itu mengatasi kira-kira 51 juta orang yang menyaksikan Trump berdebat dengan calon Presiden Joe Biden pada bulan Jun.
Bagaimanapun ia tidak menunjukkan keseluruhan tontonan dalam talian yang semakin popular apabila penonton televisyen tradisional menurun.
Ia juga tidak menggambarkan penonton yang menonton debat itu di bar dan restoran.
Penonton televisyen paling tinggi dalam sejarah untuk Debat Presiden direkodkan pada 2016, apabila 84 juta orang menonton calon Demokrat Hillary Clinton berdebat dengan Trump. - Awani