Nilai bermain game sekarang lebih luas

Projek Hari Malaysia versi Roblox.
Projek Hari Malaysia versi Roblox.
A
A
A

MERAK Jalanan berpeluang terlibat projek sambutan Hari Malaysia versi Roblox yang akan berlangsung pada minggu ini.

Sejujurnya Merak tidak pandai bermain permainan video telefon pintar dan juga tidak pernah main Roblox seperti budak-budak sekarang.

Namun, menerusi projek Hari Malaysia versi Roblox ini Merak Jalanan dapat satu perspektif baharu iaitu nilai bermain game zaman sekarang adalah lebih meluas.

Merak berpeluang mengenali Cikgu Zyd yang sebelum ini terkenal dengan acara protes terhadap Israel dalam Roblox dan pernah buat majlis tahlil versi Roblox.

Rupanya kita boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan menjadi penganjur game semata-mata.

Merak Jalanan sebelum ini ingat kita perlu jadi pemain e-sukan yang hebat seperti Soloz barulah boleh jana duit, rupanya ada cara lain juga.

Kalau nak jadi hebat macam Soloz, memang sukarlah untuk orang biasa seperti Merak Jalanan kerana tidak tiada kemahiran tahap tinggi atau kesabaran untuk berlatih setiap hari.

Kalau bagi kanak-kanak zaman dulu, kami main game ini hanya di kedai game arked ataupun main Playstation di rumah.

Artikel Berkaitan:

Kalau di kedai arked, kami main game seperti King of Fighters, Tekken, Metal Slug atau Daytona USA.

Ketika itu yang menjana pendapatan adalah tauke kedai dan kanak-kanak seperti Merak hanyalah pelanggan setia yang beri duit syiling 50 sen setiap hari.

Merak Jalanan berpendapat pada masa akan datang permainan video akan dilihat berpotensi menjadi salah satu pekerjaan yang serius.

Kalau sebelum ini kerja penghantar makanan dianggap sesuatu yang asing, namun kini sudah jadi pekerjaan utama dan tidak mustahil bagi pekerjaan pemain e-sukan.

Cuma, bagaimana ibu bapa mahu menerima dan mendorong anak-anak mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemain e-sukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!