Tentera Israel terus lakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

GAZA - Tentera pendudukan Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza selepas melancarkan serangan udara yang menyasarkan kawasan khemah pelarian di Mawasi Khan Yunis, pada awal pagi Selasa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Pembunuhan yang berlaku berhampiran Hospital British di pintu masuk kawasan Mawasi menyebabkan puluhan orang awam terkorban dan cedera, termasuk sejumlah besar kanak-kanak dan wanita, manakala ramai lagi masih hilang.
Pasukan perubatan berkata, seramai 40 mayat ditemukan dan 60 lagi cedera selepas tiga jam operasi menyelamat dilaksanakan di Mawasi Khan Yunis.
Pertahanan Awam memaklumkan pihaknya berdepan satu daripada pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam sejak permulaan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Menurut laporan akhbar dan media tempatan, lima peluru berpandu digunakan dalam serangan itu menyebabkan kemusnahan sepenuhnya.
Kawasan itu kini dalam keadaan huru-hara, dengan kehadiran pesawat pengintip Israel di lokasi, di tengah-tengah gangguan bekalan elektrik dan kebakaran akibat pengeboman.
Paramedik daripada Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pasukan perubatan menghadapi cabaran besar untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera akibat kemusnahan besar di kawasan terbabit.
Pengeboman ini berlaku dalam rangka serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang amat kritikal. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Biji asam jawa, subang cetus detik cemas dua kanak-kanak perempuan
11 November 2026 10:03amMerak 'lari rumah’ ditemukan sedang 'melaram' depan cermin
11 November 2026 09:45amLewis Hamilton lawat sempadan Rafah
11 November 2026 09:32amMaduro makin kurus dalam penjara
11 November 2026 08:45amAmir Raja Lawak dimasukkan ke ICU
10 November 2026 04:44pmBudak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia
10 November 2026 12:16pmPelawak popular dipenjara 10 tahun enam bulan kes rogol, serangan seksual empat wanita
10 November 2026 11:04amHujan berterusan: Dua daerah berisiko dilanda banjir esok
10 November 2026 01:13pmAnthony Loke lepas jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta
10 November 2026 05:41pm
