Plat Rentan Bencana mudahkan operasi menyelamat - APM

Aminurrahim (depan) semasa sidang akhbar pada Majlis Apresiasi Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Reben Perkhidmatan Serta Kecemerlangan APM Negeri Kelantan di UiTM Cawangan Machang di Machang pada Isnin.

A
A
A

MACHANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaksanakan pendekatan baharu dengan memasang Plat Rentan Bencana bagi membantu memudahkan operasi menyelamat ketika berlakunya bencana.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk (PA) Aminurrahim Mohamed berkata, plat terbabit akan dipasang di setiap rumah yang berisiko seperti warga emas tinggal bersendirian, orang sakit dan sebagainya.

"Pemasangan tersebut bagi memastikan bantuan segera dapat diberikan jika berlaku sesuatu bencana.

"Plat berkenaan juga dicipta untuk boleh dilihat dengan jelas pada waktu malam," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Contoh Plat Rentan Bencana yang sebelum ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Johor pada Sabtu.
Contoh Plat Rentan Bencana yang sebelum ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Johor pada Sabtu.

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Apresiasi Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Reben Perkhidmatan Serta Kecemerlangan APM Negeri Kelantan di UiTM Cawangan Machang dekat sini.

Menurut beliau, pendekatan baharu itu akan memudahkan urusan kerana apabila kerja-kerja menyelamat selesai, plat itu akan diterbalikkan.

Ujarnya, dengan ini operasi menyelamat akan lebih mudah dilakukan serta cepat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!