Bersatu Terengganu syor tiga jawatan utama MPT dikekalkan

Razali (tengah) memeriksa kotak undian yang tiba di Ibu Pejabat Bersatu Terengganu hari ini yang digunakan bagi pemilihan kepimpinan Bersatu peringkat negeri.
Razali (tengah) memeriksa kotak undian yang tiba di Ibu Pejabat Bersatu Terengganu hari ini yang digunakan bagi pemilihan kepimpinan Bersatu peringkat negeri.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu mengesyorkan tiga jawatan utama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti melibatkan pengerusi, presiden dan timbalan presiden dikekalkan.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat badan pimpinan negeri yang dihadiri oleh ketua bahagian dan ahli jawatankuasa (AJK) parti itu hari ini.

"Bersatu Terengganu sebulat suara bersetuju supaya jawatan pengerusi, presiden dan timbalan presiden parti ini dikekalkan dan tidak dipertandingkan.

"Jadi, kita mengesyorkan kepada negeri-negeri lain untuk turut sama sebulat suara dalam hal ini dengan mengekalkan jawatan ketiga-tiga mereka dalam pemilihan MPT Bersatu nanti," katanya ketika ditemui ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu negeri di sini.

Razali berkata, pihaknya mencadangkan jawatan Pengerusi Bersatu yang kini disandang Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikekalkan memandangkan ketiga-tiga mereka merupakan pengasas parti itu.

Katanya, keputusan diambil itu bukan atas desakan mana-mana pihak sebaliknya ia merupakan keputusan bersama.

"Keputusan ini diambil memandangkan ketiga-tiga mereka merupakan pengasas kepada parti ini sehinggalah kita menempa kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

"Pada PRU14, mereka berjuang dengan tiada kekuatan sehingga berjaya mengukuhkan lagi kedudukan parti ini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam PRU15 nanti pun kita masih memerlukan mereka, oleh sebab itu kita mencadangkan supaya jawatan mereka dikekalkan," katanya.