PM ucap takziah pemergian Adun Semenyih

Paparan Twitter Dr Mahathir.
Paparan Twitter Dr Mahathir.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dukacita atas pemergian Adun Semenyih, Allahyarham Mohd Bakhtiar Mohd Nor akibat serangan jantung awal pagi tadi.

“Saya berasa dukacita atas pemergian Adun Semenyih, Allahyarham YB Mohd Bakhtiar dan mengambil kesempatan menyampaikan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

“Saya doa moga Allahyarham ditempatkan di kalangan para solehin. Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan dugaan ini, “ tulis Perdana Menteri di Twitternya.

Mohd Bakhtiar, 57 tahun, meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi ini di Hospital Kajang, dipercayai akibat serangan jantung.

PRU14 lalu, beliau mewakili Bersatu menang kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.

Artikel Berkaitan: