PPSMI: DAP akan dapatkan penjelasan menyeluruh

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

GEORGETOWN - DAP akan mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai cadangan untuk mewujudkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang ketetapan dibuat.

Guan Eng bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada PPSMI atau Dual-Language Program (DLP) ketika membangkitkan isu berkenaan.

“PPSMI pernah dibincang dalam Kabinet pada tahun lepas dan pada masa itu tidak ada sebarang keputusan dibuat.

“Mungkin yang dirujuk adalah mengenai DLP di mana ibu bapa mempunyai pilihan untuk membenarkan anak-anak mereka belajar dalam bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains. Saya perlu dapatkan kepastian mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran projek naik taraf Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini semalam.

Artikel Berkaitan: