10 band azam martabat kembali muzik rock, metal

Ramalingam menunjukkan poster konsert yang kini giat dipromosikan pihaknya sempena penganjuran Gipsy Rock U Nite 2019 pada Sabtu ini.
Ramalingam menunjukkan poster konsert yang kini giat dipromosikan pihaknya sempena penganjuran Gipsy Rock U Nite 2019 pada Sabtu ini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sepuluh band melayu tempatan berazam mengembalikan nostalgia kegemilangan muzik rock dan metal yang pernah popular di negara ini menerusi Konsert Gipsy Rock U Nite 2019 pada 12 Januari ini.

Penganjur bersama, Kartikesu Ramalingam berkata, konsert dibuat julung kali di studio miliknya, Gipsy Studio, Prai di sini bertujuan menarik kembali perhatian para penggemar muzik rock dan metal bagi sama-sama menikmati suasana konsert dimainkan secara langsung.

Menurutnya, sebanyak sepuluh band melayu bakal menggegarkan arena pentas studionya iaitu Sun & Rainbow, Majestic Rhymes, Bumpdozer, The Sloth, Black Revenge, Mayangs, May of Scarlet, Apple X Bee, Rhythm of Controversy dan Chimichanga.

"Kesemua band ini akan membuat persembahan di Gipsy Studio, Prai bermula jam 8 malam dengan tempoh masa setengah jam bagi setiap band.

"Kita mengharapkan penganjuran konsert kali ini mendapat sokongan peminat rock dan metal, sekaligus mengimbau nostalgia kegemilangan muzik dua genre lagenda itu suatu ketika dahulu,"katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Ramalingam berkata, konsert ini dilaksanakan secara bersama dengan semua band terlibat dan tidak mendapat mana-mana tajaan.

Menurutnya, sekiranya konsert ini mendapat sambutan memberangsangkan, pihaknya bercadang untuk memperluaskan konsep penganjurannya kepada konsert mega di ruangan terbuka dengan sokongan penaja-penaja berpotensi termasuk kerajaan negeri.

"Tiket masuk ke konsert pun hanya berharga RM10 dan orang ramai boleh mendapatkannya terus ke pintu masuk studio atau beli secara atas talian melalui laman sesawang www.stubapp.com,"katanya.

Artikel Berkaitan: