15 anggota bomba terlibat operasi SAR wanita tertimbus tanah jerlus

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 15 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pada Jumaat.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Riduan Akhyar berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.22 pagi.
"Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hang Tuah sebagai pasukan awal untuk menangani insiden kecemasan," katanya.

Mohd Riduan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa wanita berusia 48 tahun terjatuh ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.
"Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter. Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
"Unit Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut berada di lokasi kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Musa diperintah bayar RM250,000 fitnah Hannah isu Kristianisasi
13 Januari 2026 01:14pmRayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
13 Januari 2026 01:12pmDuda sebar gambar lucah bekas isteri di TikTok didenda RM3,000
13 Januari 2026 12:17pmKeputusan sambung reman bekas Panglima Tentera Darat bergantung keperluan siasatan - Azam
13 Januari 2026 12:10pmLima kepala manusia digantung di pantai pelancongan
13 Januari 2026 07:10amPDRM siasat kes anggota polis tampar individu di stesen minyak
12 Januari 2026 04:23pmGas pendingin hawa meletup di universiti swasta: Seorang maut, dua parah
12 Januari 2026 04:39pm9 individu cedera dalam letupan di universiti swasta
12 Januari 2026 04:03pm- Iklan -- Iklan -
