Kerajaan bakal beri cadangan penyelarasan had umur perkahwinan

Mujahid
Mujahid
A
A
A

KUALA LUMPUR -Kerajaan dijangka akan mengeluarkan cadangan penyelarasan had umur perkahwinan pada pertengahan atau hujung tahun ini bagi menyeragamkan undang-udang mengenainya di peringkat Persekutuan dan negeri seterusnya menangani masalah perkahwinan bawah umur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, cadangan penyelarasan itu dibincangkan oleh kementeriannya melalui jawatankuasa syarak dan sivil.

"Kami letak sasaran mungkin pertengahan atau hujung 2020 penyelarasan sempurna dapat dibuat dan pada masa itu mereka (setiap negeri) telah bersedia untuk bawa (cadangan penyelarasan had umur) ke Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

"Perkara ini 'complicated' kerana libatkan soal kuasa negeri, kehendak politik dan juga peranan raja-raja dan sultan.

"Hakikatnya merekalah yang mempunyai kata pemutus sama ada menerima atau tidak cadangan ini," katanya ketika ditanya mengenai desakan kumpulan hak asasi wanita, Sisters in Islam (SIS) semalam agar kerajaan Persekutuan berbincang dengan kerajaan Kelantan untuk menaikkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran buku 'Crime and Punishment in Islmic Law: A Fresh Interpretation' karya Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS), Prof Mohammad Hashim Kamali di IAIS di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: