Meow Meow pengganti Grumpy Cat?

Meow Meow miliki wajah perengus kini semakin popular di laman sosial.
Meow Meow miliki wajah perengus kini semakin popular di laman sosial.
A
A
A

TAIWAN - Seekor kucing berwajah perengus dikenali sebagai Meow Meow boleh dijadikan pengganti buat Grumpy Cat, 'kucing selebriti' yang mati Mei tahun lalu.

Meskipun pemilik Meow Meow baru membuka akaun Instagram tiga hari lalu, namun kini Meow Meow sudah memiliki lebih 6,000 pengikut.

Wajah murung, selain memiliki keunikan corak di bahagian wajahnya seperti memakai topeng 'Batman', Meow Meow kini popular di laman sosial, lapor Bored Panda.

Pemilik Meow Meow, dikenali sebagai Clare memberitahu, kucing itu memiliki ekspresi muka suram namun pada masa sama masih anggun.

Clare berkata, dia bertemu kucing itu di sebuah kedai haiwan dan memutuskan untuk membelanya kerana keunikan pada muka seperti perengus.

ARTIKEL BERKAITAN: Grumpy Cat, legenda internet mati pada usia tujuh tahun

"Walaupun mukanya kelihatan marah tetapi Meow Meow cukup manja seperti kucing yang lain. Meow Meow juga memilih makanan dan hanya makan makanan kucing kegemarannya sahaja.

"Setiap pagi, rutin harian Meow Meow akan bangun dan mengurut badan guna kakinya. Bukan itu sahaja, selepas makan, Meow Meow akan melompat ke salah satu tingkap untuk melihat burung berterbangan," katanya.

Laporan media menyatakan, Grumpy Cat mati pada usia tujuh tahun pernah menjadi sumber ilham kepada kemunculan filem Grumpy Cat's Worst Christmas.

Artikel Berkaitan:

Selain bergelar jutawan, Grumpy Cat juga menjadi ikutan dan mencetuskan idea dalam kalangan ahli perniagaan untuk membuat pelbagai barang dagangan dijual berdasarkan wajah atau perwatakan kucing tersebut.