Warga SMAT tolak rasuah, bendung di peringkat awal

Nurhayati (enam dari kiri) bersama Mohamad Nor (empat dari kanan) selepas majlis penyerahan cenderahati kepada pihak sekolah.
Nurhayati (enam dari kiri) bersama Mohamad Nor (empat dari kanan) selepas majlis penyerahan cenderahati kepada pihak sekolah.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Warga sekolah Menengah Agama Tinggi (SMAT) Tengku Ampuan Jemaah di sini sebulat suara bersetuju agar memetakan risiko rasuah bermula lebih awal iaitu di peringkat sekolah bagi membendung budaya dan normalisasi rasuah.

Pengetuanya, Mohamad Nor Ismail berkata, program anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) dan Rasuah Busters dengan kerjasama pihak sekolah ini wajar diteruskan.

Mohamad Nor Ismail
Mohamad Nor Ismail

Ujarnya, program khidmat sosial itu dapat mencapai objektifnya untuk mendidik pelajar-pelajar supaya kenal apa itu rasuah dan tidak mengamalkan rasuah pada hari ini atau apabila mereka dewasa nanti.

"Pendidikan mesti bermula di sekolah dan di sekolah kita boleh melibatkan mereka dengan aktiviti atau menanamkan sikap amanah dan integriti dalam kehidupan serta keimanan dan ketakwaan kukuh.

"Memang kalau sebut rasuah kebanyakannya berlaku di luar di alam pekerjaan, pelajar ini tidak terikat sangat tetapi dalam hendak mendidik kita tak boleh tunggu individu itu sudah dewasa baru hendak dididik, pendidikan mesti bermula awal di sekolah lagi.

Warga sekolah dan pihak penganjur bergambar bersama seusai program di SMAT Tengku Ampuan Jemaah.
Warga sekolah dan pihak penganjur bergambar bersama seusai program di SMAT Tengku Ampuan Jemaah.

"Sehubungan itu, kita berharap mereka dapat bersama-sama dengan masyarakat untuk membanteras rasuah," katanya ketika ditemui Sinar Harian sempena program KPS ACT-I Jelajah Anti Rasuah di SMAT Tengku Ampuan Jemaah di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin dan pihak KPS Berhad.

Mohamad Nor mengulas lanjut berkata, pelajar yang didedahkan dengan ilmu pengetahuan cukup dan dengan keimanan serta rasa amanah maka rasuah tidak akan berlaku apabila mereka mula didedahkan di alam pekerjaan.

Terdahulu, Program KPS ACT-I Jelajah Anti Rasuah ini bermula dari 31 Julai hingga 20 Ogos ini untuk meningkatkan kesedaran kepentingan integriti dan menolak rasuah.

Lima sekolah tersebut termasuk tiga di Shah Alam iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, SMK Seksyen 19 dan SMAT Tengku Ampuan Jemaah selain SMK Taman Kosas, Ampang serta SMK Presint 9 (2), Putrajaya.

Sementara itu, salah seorang pelajar, Syed Aydrus Alaydrus Syed Ahmad Faisal, 13, berkata, setiap pelajar perlu menerapkan sikap integriti dalam diri masing-masing dan bermula sejak awal lagi.

Syed Aydrus Alaydrus
Syed Aydrus Alaydrus

"Kita perlu ada sifat integriti dan kita tidak boleh terima atau beri rasuah kerana ia bukan sahaja merosakkan diri tetapi semua orang," katanya.

Pelajar tingkatan 1 itu juga berpandangan jenayah rasuah boleh menghancurkan negara jika tidak dibendung dan dihapuskan.

Seorang lagi pelajar, Mohamad Farish Haziq Mohd Suhaimi, 18, berkata, pembentukan watak dan budaya cegah rasuah pada usia muda adalah langkah penting dalam melahirkan generasi yang berani menolak rasuah.

Mohamad Farish Haziq
Mohamad Farish Haziq

"Program seperti ini sangat menarik dan menyentuh isu rasuah yang sensitif kepada negara dan masih berlaku dalam kalangan masyarakat

"Kehadiran Rasuah Busters dan ke sekolah sangat membantu untuk membantu memberi kesan positif kerana mampu mendidik pelajar lebih berintegriti dan jujur serta tulis dan tidak memberikan rasuah kepada sesiapa," ujarnya.

Menurutnya, penerapan program seperti ini wajar dimulakan di sekolah kerana perkara seperti ini adalah perlu dididik di peringkat awal sebelum menjadi agak terlambat sekiranya ia dimulakan pada peringkat lebih dewasa.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Qaseh Tasneem Mohd Zaidi, 16, berkata, program Rasuah Busters mendedahkan betapa pentingnya nilai integriti dalam kehidupan kita terutama sekali sejak di peringkat bangku sekolah.

Qaseh Tasneem
Qaseh Tasneem

"Jadi para guru dan ibu bapa perlulah mendidik anak-anak supaya mengamalkan nilai integriti di dalam kehidupan mereka walau di mana sahaja mereka berada," ujarnya lagi.

>

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!