Penyanyi Nidza Afham hilang selepas keluar joging di Stadium Klang

PENYANYI Aufahanie memohon menjejaki abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang dilaporkan hilang sejak malam tadi.
Jelas Aufahanie, 21, abangnya yang juga seorang penyanyi sebelum itu keluar kira-kira jam 7.58 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Bagaimanapun Nidza gagal dihubungi sejak jam 9.13 malam.
"Abang saya hilang selepas joging di Stadium Sultan Sulaiman Klang. Lokasi terakhir telefon bimbit dan beg duit ditemui atas jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baru).
"Baju dipakai semasa joging jersey berwarna hitam atau biru gelap dengan nama APAM, 56 di belakang baju," kongsi Aufahanie.
Tambahnya lagi, laporan polis sudah dibuat awal pagi tadi selepas ibu dan kakaknya dengan bantuan dua orang awam menemui telefon bimbit dan beg duit di hujung jambatan baharu.
"Kami masih menanti. Afham, baliklah...
"Jika ada orang awam mempunyai apa-apa informasi, tolong hubungi saya atau nombor yang tertera.
"Mohon sebarkan... dan doakan abang saya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Sindiket minyak masak subsidi kaut untung
02 November 2026 08:10amTragedi lori hempap MPV: Pilu dua anak berkerusi roda lambai jenazah ibu ayah
02 November 2026 08:03amGagal keluarkan duit, lelaki rosakkan mesin perbankan, cederakan orang awam
01 November 2026 10:24pmDua kanak-kanak didakwa dikasari wanita di pusat beli-belah
01 November 2026 09:47pm'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
