[VIDEO] Suspek bunuh tiga sekeluarga ditahan ketika merayau di Bukit Bintang

A
A
A

MUAR - Lelaki yang dipercayai membunuh dan membakar rumah keluargnya sehingga menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di Pagoh, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Muar, di sini pada Rabu.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos terhadap suspek berusia 48 tahun itu dikeluarkan Majistret, Fatin Dalilah Khalid bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Suspek yang menjadi buruan polis berjaya ditahan selepas lima hari menghilangkan diri dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9.13 pagi Rabu dengan dikawal ketat pegawai dan anggota polis.

Lelaki yang masih bujang itu difahamkan berjaya dicekup ketika merayau-rayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi Rabu.

Suspek (dua dari kiri) yang disyaki membunuh tiga ahli keluarganya sebelum membakar rumah pusaka di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Jumaat lalu direman tujuh hari bermula Rabu.
Suspek (dua dari kiri) yang disyaki membunuh tiga ahli keluarganya sebelum membakar rumah pusaka di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Jumaat lalu direman tujuh hari bermula Rabu.

Penahanan itu dibuat oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah (BJSD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas menerima maklumat awam.

Dalam kejadian tragis yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya pada Jumaat lalu itu, suspek dikatakan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan motosikal yang ditungganginya di Hentian Bas Bentayan, di sini sebelum menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Artikel Berkaitan:

Suspek yang disyaki membunuh tiga ahli keluarganya sebelum membakar rumah pusaka di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Jumaat lalu direman tujuh hari bermula Rabu.
Suspek yang disyaki membunuh tiga ahli keluarganya sebelum membakar rumah pusaka di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Jumaat lalu direman tujuh hari bermula Rabu.

Sebelum itu, dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu pasangan warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin,82, dan Ara Abdul Hamid,76, serta cucu mereka Noradriana Nor Hisyam, 11 tahun maut selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran.

Pasangan warga emas itu maut di lokasi kejadian manakala cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Insiden itu turut menyebabkan seorang lagi cucu perempuan mereka yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HPSF.

Lelaki yang dipercayai membunuh dan membakar rumah keluargnya sehingga menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di Pagoh, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Muar, di sini pada Rabu.

Pada Sabtu, Noradriana selamat disemadikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Paya Redan.

Jenazah datuk dan neneknya masih belum dapat dituntut sementara menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan keadaannya yang rentung lebih 80 peratus.

Polis yang pada awalnya mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut menukar siasatan kepada 302 kanun keseksaan kerana membunuh selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada badan ketiga-tiga mangsa yang maut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!