Berang muka dilempar telefon bimbit, lelaki bunuh kekasih

SURABAYA - Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila bertindak membunuh teman wanitanya, selepas berang dengan tindakan mangsa melempar telefon bimbit ke mukanya.
Mangsa dikenali sebagai Tyar Aprilia Aninditha, 24, warga Lombok, Nusa Tenggara Barat, sementara suspek dikenali Erwan berusia 31 tahun yang menetap di Kwadengan Timur, Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo.
"Mangsa ditemui meninggal dunia di bilik sewanya dan pembunuhan dilakukan oleh teman lelakinya sendiri," kata Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Kombes Christian Tobing, dalam satu sidang media di ibu pejabat polis berkenaan pada Isnin.
Christian berkata, kejadian berlaku pada 4 Ogos 2024, sekitar jam 5 petang di bilik sewa mangsa bernombor 113, tingkat tiga, di Desa Banjarbendo, Kota Sidoarjo.
"Kematian mangsa disebabkan oleh dicekik dan dijerut menggunakan sehelai kain untuk membunuh mangsa.
"Motif pembunuhan dipercayai suspek marah apabila mangsa melempar dan menghempas telefon bimbit ke mukanya, selepas mereka bertengkar," katanya.
Jelas Christian lagi, polis menemui beberapa barang bukti di tempat kejadian antaranya dua unit telefon bimbit dan kain yang digunakan suspek Ketika membunuh.
Suspek kini telah ditahan dan bakal dituduh di bawah undang-undang Fasal 338 KUHP dan Fasal 351 Ayat (3) KUHP yang boleh membawa kepada hukuman 15 tahun penjara jika sabit kesalahan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Menteri Pertanian Jepun, Yana letak jawatan angkara kontroversi
15 Oktober 2026 12:19amKebakaran hutan Indonesia: 223 individu, sembilan syarikat jadi suspek
14 Oktober 2026 06:39pmPakatan diketuai Arab Saudi pintas dan musnah peluru berpandu balistik Houthi
14 Oktober 2026 05:54pmSetiausaha Akhbar Rumah Putih panggil Trump 'suami', tersasul berulang kali
14 Oktober 2026 04:56pmGempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas'
14 Oktober 2026 02:07pmPenjual buah maut, gerai dirempuh lori balak
14 Oktober 2026 02:35pm

