Bekalan tomato dari Cameron Highlands cukup, tiada kenaikan harga

Ahmad Fitri meninjau bekalan tomato di premis pembekal di sini.
Ahmad Fitri meninjau bekalan tomato di premis pembekal di sini.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Bekalan tomato yang dikeluarkan di Cameron Highland mencukupi dan dijual pada harga kawalan ditetapkan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati faktor cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini tidak mengganggu hasil pengeluaran tomato di kawasan tanah tinggi itu.

Menurutnya, KPDNHEP Pahang turun padang memantau bekalan dan harga tomato di Cameron Highlands semalam ekoran desas-desus berlaku kenaikan harga di peringkat ladang di sini.

"Namun hasil pemeriksaan dan semakan rekod daripada peniaga mendapati bekalan dan harganya masih stabil seperti yang ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fitri meninjau bekalan tomato di premis pembekal di sini.
Ahmad Fitri meninjau bekalan tomato di premis pembekal di sini.

Ahmad Fitri berkata, sepanjang pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina sehingga 28 Januari, sebanyak 1,027 premis perniagaan seluruh Pahang diperiksa.

"Daripada pemeriksaan dilakukan itu, 34 kes kesalahan dikesan dilakukan peniaga termasuk gagal menggunakan tanda harga merah jambu dengan 33 kes dan satu kes atas kesalahan menjual melebihi harga maksimum.

"Ia membabitkan nilai kutipan kompaun yang dicatatkan berjumlah RM8,300," katanya.

Artikel Berkaitan: