Terima kasih atas segalanya - Nicol David

BEKAS ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menggesa semua rakyat Malaysia menyatakan solidariti memberikan sokongan penuh kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin.
Ini selepas dia dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek di Velodrom Nasional Perancis, malam tadi.
Menerusi satu kenyataan dalam laman Instagramnya, bekas atlet negara itu tidak mahu orang ramai menyalahkan kesilapan yang dilakukan sebaliknya mengirimkan tanda positif selain memahami kekecewaan The Pocket Rocketman dalam temasya berprestij itu.
"Dalam masa 20 tahun, atlet berusia 36 tahun itu, sudah membanggakan Malaysia di persada dunia dengan pelbagai pencapaian tatkala turut berharap untuk memenangi pingat emas pertama negara dengan menghadapi pelbagai rintangan yang mengancam keselamatannya sebelum ini.
"Aksi Olimpik adalah segala-galanya buat Azizul, dia telah berusaha untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia.
"Terima kasih atas perjuangan kamu dan berharap kamu akan sentiasa mengingati atas apa yang sudah dilakukan untuk Malaysia," katanya. - Stadium Astro/Astro Arena
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Reaksi Arteta terhadap kad merah Dowman undang kritikan
28 Oktober 2026 10:14amScholes desak Fernandes angkat kaki ke Arab Saudi
28 Oktober 2026 10:05amMuhammad Azeem, Sivasangari galas misi inspirasi generasi muda melalui sukan
28 Oktober 2026 09:05amWarga emas tamatkan larian Ultra Trail 30km dengan berkaki ayam
27 Oktober 2026 07:46pmDua nama ganti Carrick
27 Oktober 2026 09:46amDr Siti Hawa mengadu letih sebelum meninggal dunia - Ibu
27 Oktober 2026 01:10pmKanak-kanak 10 tahun mengadu sakit perut, rupanya hamil enam bulan
28 Oktober 2026 07:10amKepala pempengaruh 16 tahun ditemukan dalam beg plastik hitam
28 Oktober 2026 07:30am- Iklan -- Iklan -
