Tiga sekeluarga maut: Jenazah Noradriana dikebumi sebelah pusara ibu

Norhasyim menyempurnakan pengebumian Noradriana yang selamat disemadikan di sebelah pusara arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar pada pagi Sabtu. Gambar kecil: Gambar kenangan Noradriana (kanan) bersama arwah datuk dan neneknya yang turut terkorban dalam kejadian kebakaran rumah mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh pada pagi Jumaat.

A
A
A

MUAR - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh di sini sepanjang proses pengebumian Noradriana Nor Hasyim, 11, yang maut bersama datuk dan neneknya dalam kebakaran pada awal pagi Jumaat.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Noradriana disolatkan lebih 100 ahli keluarga dan penduduk kampung pada jam 9.58 pagi di Masjid Jamek Kampung Paya Redan, Pagoh.

Jenazah selamat dikebumikan pada kira-kira jam 10.38 pagi di sebelah pusara ibunya, Allahyarham Nurul Armizah Mohamed Nor yang meninggal dunia empat tahun lalu.

Sementara itu bapa Allahyarham, Norhasyim Tahir, 43, mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang membantu urusan pengebumian terbabit.

Beliau turut memaklumkan urusan tuntutan jenazah ibu bapa mentua, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, hanya dapat dilakukan selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai.

Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan di sini, sepanjang proses pengebumian Noradriana Nor Hasyim, 11, yang maut bersama datuk dan neneknya dalam kebakaran pada awal pagi Jumaat.

"Saya difahamkan pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah akan lakukan ujian DNA.

"Kemungkinan hari ini waris terdekat akan diambil sampel darah mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi pada Jumaat, selain Noradriana, datuk dan neneknya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, turut terkorban dalam kebakaran selepas rumah didiami mereka di Kampung Paya Redan, terbakar.

Seorang lagi cucu mereka, Norazima Mohd Radhi, 14, mengalami kecederaan pada kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!