Lelaki mengamuk anak saudara tak mahu hantar ke pekan

Baharudin
Baharudin
A
A
A

DUNGUN- Seorang lelaki mengamuk dengan merosakkan harta benda termasuk mengugut mahu membakar rumah anak saudaranya hanya kerana wanita itu enggan menghantarnya ke pekan dalam kejadian di Kampung Sura Jetty, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun tersebut yang bengang dengan mangsa turut mengeluarkan kata-kata ugutan yang mahu membakar rumah termasuk kereta dan motosikal milik mangsa yang berusia 24 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian itu suspek difahamkan meminta tolong kepada mangsa supaya menghantarnya ke Kuala Dungun bagaimanapun mangsa enggan dan mencadangkan lelaki itu pergi bersama ibunya yang kebetulan mahu ke sana.

"Saranan mangsa telah mengundang rasa tidak puas hati suspek sebelum naik hantu lalu bertindak membaling objek keras ke arah kereta milik mangsa yang di parkir di hadapan rumah sehingga kemek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Baharudin berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dungun dan lelaki itu ditahan di sebuah surau bersebelahan Balai Bomba Kuala Dungun, kira-kira 7.40 malam untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Artikel Berkaitan: