[VIDEO] MOM biayai sendiri kos delegasi ke Paris 2024 - MSN

A
A
A

MAJLIS Sukan Negara (MSN) pada Rabu memaklumkan kos pembiayaan untuk delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 adalah di bawah tanggungan MOM.

Dalam kenyataan hari ini, MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

MSN menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan. Gambar hiasan
MSN menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan. Gambar hiasan

"MSN hanya bertanggungjawab membiayai kos perbelanjaan membabitkan atlet, jurulatih, pegawai MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan operasi Malaysia House untuk temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

"Kos pembiayaan untuk delegasi MOM adalah di bawah tanggungan MOM dan bagi tetamu mereka dibayar oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Malaysia setakat ini mengumpul dua pingat gangsa menerusi sukan badminton, yang disumbangkan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia.

Misi meraih pingat emas Olimpik pertama negara kini tertumpu kepada jaguh berbasikal trek, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang menyasarkan untuk memperbaiki pencapaiannya dengan meraih emas dalam acara keirin, selepas memenangi pingat perak pada edisi Tokyo 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!