X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Suspek buang bayi dalam Sungai Perak dibebaskan

Sabtu lalu, wanita berkenaan dikatakan menyerahkan mayat bayinya kepada teman lelaki sebelum dibuang ke dalam Sungai Perak.
A
A

PARIT - Pasangan kekasih yang dipercayai menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi perempuan ke dalam Sungai Perak dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek lelaki dan wanita yang berusia 22 tahun itu dibebaskan selepas semua proses dokumentasi dan rakaman percakapan selesai.

Barudin berkata, polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Sehingga kini mayat bayi perempuan itu masih belum ditemukan," katanya hari ini.

Sabtu lalu, wanita berkenaan dikatakan menyerahkan mayat bayinya kepada teman lelaki sebelum dibuang ke dalam Sungai Perak berhampiran rumah pam Lembaga Air Perak (LAP), Teluk Kepayang, Bota kira-kira jam 2 pagi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kenapa kau buang anak itu?'


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!