Hajat Lang Merah tidak kesampaian

Alves (kiri) terpaksa meninggalkan padang selepas menerima layangan kad merah. -Foto: Kedah FA
Alves (kiri) terpaksa meninggalkan padang selepas menerima layangan kad merah. -Foto: Kedah FA
A
A
A

HAJAT Kedah untuk beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 tidak kesampaian apabila tewas 1-4 kepada FC Seoul pada aksi playoff di Stadium Piala Dunia Seoul, malam ini.

Lang Merah yang tampil dengan motivasi tinggi selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tai Po FC 5-1 di Stadium Darul Aman, Selasa lalu bagaimanapun terpaksa akur dominasi tuan rumah.

Biarpun begitu skuad kendalian Aidil Sharin Sahak terus mempamerkan aksi terpuji apabila berjaya memberikan saingan kepada kelab ketiga terbaik Liga Korea Selatan musim lalu itu.

Bagaimanapun momentum pelawat terencat apabila tuan rumah mendapat sepakan penalti selepas pertahanan Lang Merah, Renan Alves tertampan bola dengan tangan.

Park Chu-Young yang diberikan tugasan menyempurnakan sepakan penalti itu tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol Shahril Saari pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua Lang Merah yang beraksi dengan 10 pemain selepas Alves dilayangkan kad merah terus terkesan apabila giliran Park Dong-Jin merobek gawang pelawat pada minit ke-49.

Kedah yang tidak mengalah kembali bernafas apabila pemain tuan rumah Osmar Ibanez Barba tertanduk bola ke gawang sendiri hasil sepakan percuma mengelirukan Baddrol Bakhtiar.

Bagaimanapun hajat Lang Merah untuk terus bangkit apabila Osmar menebus kesilapan apabila meledak gol ketiga sebelum Ikromjon Alibaev mengesahkan kemenangan bergaya kelab Korea Selatan itu.

Artikel Berkaitan: