X

Kindly register in order to view this article
!

Video gadis rebah bukan kerana koronavirus

Nur Izzah Izzati Norazlan
A
A

KUANTAN - Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah kedai di Shah Alam Ahad lalu, tampil menafikan kematian mangsa akibat koronavirus seperti yang ditularkan di laman sosial.

Allahyarham Nur Izzah Izzati Norazlan, 20, meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Bapa saudara mangsa, Muhamad Hafiz Abdul Karim berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.09 petang akibat serangan jantung.

Menurutnya, laporan bedah siasat itu dikeluarkan oleh doktor dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang merawat Allahyarham.

"Saya amat bersedih dengan video dan status Facebook yang ditularkan netizen. Ada yang kata anak buah saya meninggal kerana virus itu menyebabkan ramai yang menghubungi keluarga untuk bertanya.

"Saya tengok video yang tular tu pun saya bertambah sedih. Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk arwah," ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Paparan skrin video yang tular di laman sosial Facebook.
Paparan skrin video yang tular di laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, Muhamad Hafiz meminta orang ramai menghentikan berita palsu itu kerana bimbang berlaku salah faham terhadap keluarganya.

Allahyarham Nur Izzah Izzati meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan arwah rebah yang dikatakan akibat koronavirus tular sejak semalam.