Australia sedia hadapi lebih banyak kebakaran

Deretan pokok hangus terbakar dalam kebakaran berhampiran Batemans Bay di NSW baru-baru ini. - Foto Agensi
Deretan pokok hangus terbakar dalam kebakaran berhampiran Batemans Bay di NSW baru-baru ini. - Foto Agensi
A
A
A

SYDNEY - Pegawai di Australia hari ini memberi amaran kepada komuniti di bahagian timur negara itu untuk terus mengukuhkan pertahanan kebakaran hutan memandangkan suhu tinggi dan angin kencang dijangka kembali.

Menurut laporan Reuters, Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RSF) New South Wales (NSW) memaklumkan, keadaan yang semakin buruk dijangka berlaku minggu depan dan penduduk dinasihatkan bersedia sekarang.

"Cuaca hangat, kering dan berangin diramal hari ini. Terdapat bahaya kebakaran yang sangat tinggi terutamanya di tengah dan tenggara Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran di Australia terus merebak

"Orang ramai harus membersihkan sekitar kediaman mereka daripada sebarang tumbuhan mudah terbakar manakala bumbung yang rosak perlu dibaiki untuk melindungi rumah daripada bara udara," katanya.

Sejak September lalu, Australia bertungkus-lumus memadam kebakaran yang telah meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan kira-kira 1 bilion hidupan liar memusnahkan lebih 2,500 buah rumah serta jutaan hektar tanah. - Agensi

Artikel Berkaitan: