Presiden sementara Bolivia arah semua menteri letak jawatan

Jeanine Anez -Foto AFP
Jeanine Anez -Foto AFP
A
A
A

BOGOTA - Presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez semalam mengarahkan kesemua menteri meletak jawatan lebih tiga bulan sebelum pilihan raya umum berlangsung di negara itu.

Arahan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Menteri Komunikasi, Roxana Lizarraga berundur sebagai tanda protes terhadap keputusan Anez untuk bertanding sebagai calon presiden pada pemilihan 3 Mei depan.

Lizarraga yang dilantik oleh Presiden sementara itu pada 13 November lalu mengkritik beliau dan turut mendakwa Anez juga sudah lari daripada objektif sebenar serta bakal menjadi seperti bekas Presiden, Evo Morales yang meletak jawatan pada 10 November lalu.

“Anez telah meminta para menteri mendekati tahap baharu dalam pengurusan peralihan demokrasi di negara ini,” jelas presidensi dalam satu kenyataan.

Ia turut menyatakan langkah itu adalah perkara biasa dalam kitaran pilihan raya untuk melakukan pelarasan dalam pasukan Eksekutif.

Sebelum ini, Anez memberitahu, beliau tidak berniat untuk menjadi presiden sepenuh masa ketika dilantik memegang jawatan tersebut bagi menggantikan Morales, namun pendirian wanita itu berubah selepas beliau mengumumkan akan bertanding pada Jumaat lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: