Pentas tiga wakil Itali pamer belang

Pasukan Androni Giacattoli-Sidermec sekali lagi bakal menghangatkan perlumbaan LTdL tahun ini.
Pasukan Androni Giacattoli-Sidermec sekali lagi bakal menghangatkan perlumbaan LTdL tahun ini.
A
A
A

KUALITI persaingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 diramal sengit dengan kehadiran tiga pasukan profesional benua Itali yang mengisi tiket wildcard bagi perlumbaan Grand Tour Giro d’Italia tahun ini.

Ini kerana ketiga-tiga pasukan berkenaan perlu menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini demi meyakinkan penganjur Giro, RCS Sport yang menyediakan tempat untuk mereka bersaing dengan pasukan handalan berstatus World Team dalam perlumbaan besar itu.

Secara tidak langsung juga, Androni Giacattoli-Sidermec, Bardiani-CSF-Faizane dan Vini Zabu-KTM (dulu dikenali Neri Sottoli-Selle Italia) perlu membuktikan tahap sebenar mereka pada LTdL 2020, sekali gus menjanjikan persaingan sengit sepanjang lapan peringkat perlumbaan nanti.

Menariknya, ketiga-tiga pasukan itu sudah menghantar senarai awal pelumba kepada penganjur LTdL - Human Voyage Sdn Bhd dan berdasarkan nama itu, ada beberapa pelumba yang pernah memenangi peringkat dalam LTdL sebelum ini.

Androni, yang dipimpin pengurus berkarisma Gianni Savio dan mengumpul tiga kemenangan peringkat pada LTdL 2019, sedang meniti persiapan yang baik apabila turut menyenaraikan Luca Pacioni - pemenang Peringkat 1 Vuelta a Tachira di Venezuela dua minggu lalu.

Pacioni, pakar pecut berusia 26 tahun memenangi peringkat dalam LTdL 2018 bersama Wilier Triestina dan pernah menyarung jersi Androni pada musim 2016 dan 2017.

Seorang lagi pakar pecut yang disenaraikan Androni untuk mengulangi kejayaan tiga kemenangan peringkat tahun lalu ialah Luca Chirico, 27, yang pernah berkayuh dalam LTdL 2015 dan 2016 ketika bersama Bardani.

Dua pelumba yang dijangka membantu Pacioni dan Chirico untuk membawa mereka ke zon pecutan mahupun garisan penamat di peringkat laluan landai nanti ialah Nicola Venchiarutti dan Mattia Viel.

Artikel Berkaitan:

Kevin Rivera Serrano dan pelumba muda Ecuador, Jefferson Cepeda Ortiz adalah dua nama yang bakal mengetuai perebutan jersi kuning terutama di peringkat pendakian ke Genting Highlands pada Peringkat 4.

Saingan LTdL 2020 edisi ke-25 itu dijadualkan dari 7 hingga 14 Februari dengan membabitkan lapan peringkat perlumbaan bermula di Kuching, Sarawak dan berakhir di Pulau Langkawi meliputi jarak keseluruhan sejauh 1095.7 kilometer.