Paras air empangan di Selangor masih baik

Kapasiti air di beberapa empangan di Selangor berada dalam keadaan baik. - Sumber: Lembaga Air Selangor
Kapasiti air di beberapa empangan di Selangor berada dalam keadaan baik. - Sumber: Lembaga Air Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Air Selangor (Luas) melaporkan kapasiti air di beberapa empangan di negeri itu masih berada dalam keadaan baik.

Luas menerusi laman sesawangnya semalam menyatakan takungan air di empangan Sungai Selangor mencatatkan 98.67 peratus atau 226.95 meter padu manakala Langat 99.83 peratus (34.04 meter padu).

"Bagi empangan Semenyih, kadar takungan merekodkan 99.58 peratus atau 58.82 meter padu dan Klang Gates mencatat paras 96.05 peratus (24.33 meter padu)," menurut kenyataan itu.

Kadar takungan air di empangan Tasik Subang mencatatkan 100 peratus atau 4.21 meter padu dan Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) pula sebanyak 99.62 peratus (9.26 meter padu).

Artikel Berkaitan: