Gaji pegawai perubatan KKM ditawar berdasarkan akhir semasa dilantikan kontrak

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditawarkan gaji berdasarkan akhir semasa dilantikan kontrak setelah proses penilaian dibuat.

Menteri KKM, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kelulusan khas itu juga turut terpakai sekiranya dilantik secara kontrak interim kelak.

"Oleh itu, dakwaan bahawa kerajaan tidak mengambil kira pengalaman dan memberi gaji yang rendah (kembali ke asas) adalah tidak tepat.

"Ini kerana segala pergerakan gaji tahunan di jawatan kontrak turut diambil kira untuk penetapan gaji permulaan di jawatan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," katanya pada Jumaat.

Terdahulu, seramai 422 pegawai perubatan lantikan kontrak KKM akan melengkapkan tempoh maksimum kontrak tujuh tahun mulai bulan ini hingga November, nanti.

Pegawai perubatan yang menamatkan kontrak pada tahun ini berpeluang untuk memohon dalam urusan pengambilan khas yang dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bulan ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!