Khaenak 2 sasar empat juta penonton

Antara pelakon yang membarisi Khaenak 2.
Antara pelakon yang membarisi Khaenak 2.
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas mencapai lebih dua juta tontonan di YouTube dan Facebook melalui Khaenak 1, kini KCTV Production akan melahirkan siri kedua drama tersebut yang bakal menemui penonton bermula esok.

Pemilik KCTV Production, Emma Kasmuri berkata, selepas sambutan di luar jangkaan diterima, pihaknya menyifatkan siri kedua drama tersebut sebagai hadiah kepada peminat KCTV yang sentiasa menyokong drama-drama dihasilkan produksi itu.

"Pelancaran Khaenak 2 kita sudah buat minggu lalu di Dataran Bandaraya Kota Bharu dan alhamdulillah memang semua peminat Khaenak 1 teruja untuk melihat kesinambungan Khaenak.

"Untuk Khaenak 2, kami sasarkan lebih empat juta penonton akan menyaksikannya nanti. Insya-ALLAH, kami menyajikan program terbaik kepada semua peminat," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Antara pelakon yang akan membintangi Khaenak 2 ialah Harry Khalifah, Kamarool Yusof, Diana Ezety, Izz Faeiz, Along PM, Amin AR, Abila Ariffin, Putri Shanis, Hamizai Hamid dan Malika Al-Humaira.

Khaenak 2 berdurasi sejam 15 minit diarahkan sepenuhnya oleh Emma Kasmuri dan ditaja Dnars Gold.

Artikel Berkaitan: