JPJ beri tempoh 14 hari

JPJ
JPJ
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis panggilan temu siasat kepada syarikat yang membenarkan pemandu warga asing membawa kenderaan syarikat itu tanpa lesen memandu.

Menurut JPJ, tindakan itu dilaksanakan bagi mendapatkan perincian kes berkenaan di samping maklumat semua kenderaan milik mereka beserta pemandu lain yang bekerja di syarikat itu.

"Pihak syarikat tersebut diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat JPJ dalam tempoh masa 14 hari dari mula notis dikeluarkan," kata kenyataan JPJ berkenaan.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pengakuan seorang pekerja berasal dari Bangladesh bahawa dia sudah 8 tahun menjadi pemandu lori tanpa lesen.

Menurut JPJ lagi, dalam isu ini mereka akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat kenderaan dan pemandu tersebut jika terdapat keslaahan selepas siasatan dilakukan.

Tindakan akan diambil di bawah Seksyen 56 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya menurut Seksyen 56 (6) di bawah akta yang sama.

Artikel Berkaitan: