Penamaan calon jawatan MPT Bersatu 16 Mac ini

Tan Sri Syed Hamid Albar
Tan Sri Syed Hamid Albar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tarikh penamaan calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditetapkan pada 16 Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia melibatkan jawatan tertinggi seperti Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden dan ahli-ahli MPT dengan pencalonan akan dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

“Banyak ramalan (tentang calon) bagaimanapun kita telah bersedia dan lantik Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri dan Pusat (JPPN dan JPPB) untuk jalankan tugas pada hari berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat Bersatu di sini semalam.

Sementara itu, Syed Hamid berkata, proses penamaan calon melibatkan 7,371 jawatan di 189 bahagian yang dilakukan serentak bermula 9 pagi hingga 2 petang berjalan dengan lancar.

Ia melibatkan 2,835 jawatan di semua peringkat bahagian dengan 15 jawatan untuk setiap bahagian Bersatu dan masing-masing 2,268 jawatan untuk peringkat Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dengan 12 jawatan setiap bahagian.

Beliau berkata, tempoh bertenang untuk calon menarik diri adalah selama tiga hari iaitu bermula hari ini sehingga 29 Januari sebelum petugas di pusat operasi JPP Ibu Pejabat Bersatu membuat saringan borang pendaftaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: