Masih kecil tapi dah pandai menipu!

Perkongsian oleh Nurin kini tular di media sosial dan setakat ini sudah meraih 28,000 tontonan dan 1,400 ulang kicau.
Perkongsian oleh Nurin kini tular di media sosial dan setakat ini sudah meraih 28,000 tontonan dan 1,400 ulang kicau.
A
A
A

KLUANG – Taktik seorang kanak-kanak lelaki menipu sempat dirakam mangsanya, yang juga jurujual di sebuah kedai runcit, di sini baru-baru ini.

Jurujual tersebut kemudian berkongsi perkara tersebut melalui akaun Twitternya, @Bbyyinnnnn yang kini tular di media sosial dan meraih 28,000 tontonan serta 1,400 ulang kicau.

Ketika dihubungi Sinar Harian, dia yang mahu dikenali sebagai Nurin Insyirah, 17, memberitahu tidak menyangka terpedaya dengan kisah sedih dikongsikan budak lelaki tersebut yang ketika kejadian, merayu meminta duit untuk membeli selipar baharu di kedai sebelah tempat kerjanya.

“Dia datang ke kedai runcit saya bekerja, tiba-tiba dia kata nak beli selipar kerana telah putus. Saya mula rasa pelik dan tanya mengenai keluarganya dan dia kata ayah dia kena tangkap, manakala ibunya pula telah meninggal dunia.

“Saya rasa kasihan, saya bagi duit RM1 dan dia terus berlari keluar tetapi tak lama kemudian, dia datang semula minta RM5. Jadi, saya tanya sekali lagi bila mak dia meninggal tapi dia tak tahu bila meninggal. Terus saya ambil tindakan buat video," katanya.

Tangkap layar video memaparkan budak lelaki terbabit meminta RM1 daripada Nurin dengan cara menipu kisah hidupnya.
Tangkap layar video memaparkan budak lelaki terbabit meminta RM1 daripada Nurin dengan cara menipu kisah hidupnya.

Bagaimanapun katanya, selepas kanak-kanak terbabit beredar dalam 10 minit, seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit datang bertanyakan kepadanya mengenai kanak-kanak lelaki yang membawa mainan.

"Terus saya Istighfar, ciri-ciri budak itu sama dengan apa yang mak dia kata. Rupa-rupanya saya dah kena tipu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Nurin berkata, dia tidak menyangka video tersebut tular di media sosial dan niatnya berkongsi video terbabit hanya untuk memberi peringatan kepada orang ramai, sambil memberitahu tidak kisah mengenai kerugian dialaminya, namun meminta orang ramai mengambil pengajaran daripadanya.

“Ada juga yang tuduh saya buka aib kanak-kanak itu, namun niat saya bukan begitu tetapi saya sekadar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar kita lebih berhati-hati,” katanya.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman hampir sama ditipu oleh kanak-kanak.
Rata-rata netizen berkongsi pengalaman hampir sama ditipu oleh kanak-kanak.

Sementara itu, rata-rata netizen sama turut berkongsi pengalaman hampir sama ditipu kanak-kanak.

“Kalau awak nak tahu, dekat Kuala Lumpur ramai dah budak-budak sebaya begini menipu orang sebab aku sendiri pernah terkena. Niat nak tolong kata tersesat hilang dari radar ayahnya, sekali tengah lepak aku tengok ada rupanya ayahnya di situ,” kata @lanasyam di Twitter.

@Ismad43 pula memberitahu, “Serius menipu dengan cara begitu kata mak dia dah meninggal, sekali mak dia tengah mencari dia. Budak ini kalau aku dapat memang kena ini. Nampaknya kita semua kena lebih berhati-hati selepas ini."