Tingkatkan amalan pencegahan, kawalan: MB Pahang

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang tampil mengingatkan rakyat di negeri ini agar meningkatkan amalan pencegahan dan kawalan sewajarnya bagi mengelak penularan wabak koronavirus.

Walaupun rakyat Pahang bersih daripada wabak tersebut buat masa ini, namun Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta mereka meningkatkan tahap kebersihan diri dan mengamalkan pemakaian penutup mulut serta hidung.

Selain itu, beliau melalui Facebooknya turut menasihatkan mereka mengelak daripada makan daging mentah atau tidak dimasak dengan sempurna dan menghindarkan diri daripada bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala wabak terbabit.

"Semoga ALLAH melindungi dan memelihara kita semua daripada segala wabak, fitnah dan bencana, amin," katanya hari ini.

Sebagaimana panduan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), beliau juga berharap rakyat mendapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema atau kesukaran bernafas.

Terkini, KKM mengesan satu lagi kes yang disahkan dijangkiti koronavirus dikesan di Malaysia, menjadikannya kes yang keempat.

Artikel Berkaitan: