Sejarah Sabah jangan berulang di Johor - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ( tengah) merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Muar di Dewan UMNO Muar pada Ahad.
Ahmad Zahid ( tengah) merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Muar di Dewan UMNO Muar pada Ahad.
A
A
A

MUAR - Perubahan politik di Sabah yang menyaksikan negeri itu bukan lagi menjadi simpanan tetap atau ‘fixed deposit’ kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berlakunya di Johor.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan UMNO dan BN pada pilihan raya negeri (PRN), dua tahun lalu perlu dikekalkan sekali gus mengekalkan Johor sebagai kubu parti.

“Saya berasa sangat dekat dengan Johor apabila kita (UMNO) menang pada PRN dengan kemenangan dua pertiga atau 40 kerusi daripada 56 keseluruhan kerusi. Sekali gus kerajaan Johor yang terbina atas dokongan kerusi yang dimenangi UMNO dan BN.

“Kehilangan Sabah berpunca daripada situasi politik (masalah kecil) dan saya harap di Johor masalah kecil diselesaikan dan saya fikir di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Onn Hafiz, kita akan terus menjadi negeri yang kuat bukan sahaja dari ahli UMNO tetapi orang Johor keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Muar di Dewan UMNO Bahagian Muar di sini pada Ahad.

Timbalan Perdana Menteri itu menambah, kerjasama BN dalam Kerajaan Perpaduan terserlah di Johor apabila berjaya membantu kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

"Ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, walaupun calon yang bertanding itu bukan daripada UMNO atau BN, tetapi dari PH dan Amanah, namun kerjasama terjalin antara PH dan BN di kedua-dua PRK itu dan kemenangan berpihak kepada kita," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!