PRK Cameron Highlands: Esok tarikh akhir pengundi pos luar negara pohon kertas undi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengundi di luar negara yang tidak sempat pulang untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini boleh memohon kertas undi pos daripada portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Permohonan kertas undi itu boleh dibuat dengan memuat turun dan mengisi borang 1B secara dalam talian dan diemel semula kepada alamat emel SPR, upup@spr.gov.my, selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 11 Januari, menurut portal rasmi SPR di sini, hari ini.

Dengan berbuat demikian, pemohon akan menerima kertas undi daripada SPR yang akan disampaikan ke alamat yang tertera dalam borang itu dan dengan itu pemohon boleh mengundi bagi pilihan raya kecil itu.

SPR telah menetapkan 12 Januari sebagai tarikh penamaan calon dan 26 Januari sebagai tarikh pengundian bagi PRK Cameron Highlands.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lepas membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi yang dimenangi calon Barisan Nasional Datuk C. Sivarraajh kerana amalan rasuah. - Bernama

Artikel Berkaitan: