200 penyokong rai kemenangan SRG mara perlawanan akhir MSC

Danial (kanan) bersama penyokong e-sport meraikan kemenangan SRG mara perlawanan akhir.
Danial (kanan) bersama penyokong e-sport meraikan kemenangan SRG mara perlawanan akhir.
A
A
A

LEBIH 200 penyokong sukan e-sport menjadi saksi Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah berjaya melangkah ke pentas Grand Final Piala Pertengahan Musim MLBB, MSC 2024.

Detik bermakna itu dirakam sewaktu menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir di antara SRG dan NIP Flash yang diadakan di Restoran Haji Basheer Pinggiran USJ bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid pada malam Sabtu.

Perlawanan bermula jam 8 malam itu, menyaksikan dominasi SRG yang menguasai perlawanan sedari awal seterusnya meraikan kemenangan bergaya menewaskan wakil Singapura itu, menerusi keputusan 3-0.

Danial (tengah) bersama penyokong e-sport menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir SRG menentang NIP Flash pada Sabtu.
Danial (tengah) bersama penyokong e-sport menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir SRG menentang NIP Flash pada Sabtu.

Danial ketika ditemui pada program itu berkata, kejayaan peringkat antarabangsa satu pencapaian membanggakan seterusnya menunjukkan e-sport kian berkembang dan mendapat tempat dalam industri sukan tanah air.

Menurutnya, perkembangan positif itu perlu disusuli dengan sokongan padu pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri untuk memacu pembangunan sukan tersebut.

"Mulanya orang pandang negatif dengan mereka yang terlibat bidang ini, beranggapan tiada masa depan dan tidak minat belajar.

"Bagaimanapun pada sidang DUN, saya telah bahaskan bahawa e-sport kini sudah jadi sebuah industri yang boleh pergi jauh daripada apa yang ada pada masa ini," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

PKM DUN Batu Tiga anjur program siaran langsung bersama peminat e-sport bagi perlawanan separuh akhir antara SRG dengan NIP Flash di Restoran Haji Basheer Pinggiran USJ pada Sabtu.
PKM DUN Batu Tiga anjur program siaran langsung bersama peminat e-sport bagi perlawanan separuh akhir antara SRG dengan NIP Flash di Restoran Haji Basheer Pinggiran USJ pada Sabtu.

Katanya, kebanyakan semua pemain e-sport juga dalam kalangan anak muda termasuk salah seorang daripadanya baharu memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ini menunjukkan e-sport sudah didedahkan sejak awal cuma kita pandu mereka ke saluran betul selain penyediaan garis panduan.

"Saya akan bekerjasama dengan FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor) untuk kempen kesedaran serta sokongan selain kerajaan negeri sendiri turut menyediakan peruntukan RM1 juta bagi pembangunan e-sport," katanya.

Para penyokong e-sport hadir menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir SRG menentang NIP Flash pada Sabtu.
Para penyokong e-sport hadir menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir SRG menentang NIP Flash pada Sabtu.

Ujar beliau, keprihatinan kerajaan negeri membuktikan pihak pentadbiran tidak terlepas pandang industri e-sport mengikut perkembangan semasa.

Dalam pada itu, beliau mengajak orang ramai untuk sama-sama menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir SRG menentang pasukan Filipina, Falcon AP Bren di Seksyen 24 jam 6 petang ini anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Tiga.

Pemenang akan membawa pulang hadiah utama berjumlah AS$1 juta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!