Nafi gambar tular adalah warga China yang lari ke Langkawi

Gambar yang tular dalam media sosial.
Gambar yang tular dalam media sosial.
A
A
A

LANGKAWI - Sebuah agensi pelancongan menafikan dakwaan kononnya gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan ratusan warga China tiba di pulau ini kerana lari daripada wabak koronavirus yang dialami di negara itu.

Pengurus Pemasaran Fantastic Tour Sdn Bhd, Mohd Fadhil Kamaruddin berkata, gambar yang tular itu sebenarnya adalah ketibaan penumpang dari Nanjing, China pada 17 Januari lepas melalui agensi pelancongannya.

"Seramai 180 penumpang dari Nanjing tiba di Langkawi pada jam 6 pagi, 17 Januari lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menerusi penerbangan sewa khas menggunakan pesawat Malindo Air.

"Mereka berada di sini selama lima hari hingga 21 Januari sahaja dan telah pun pulang. Itu gambar lama ketibaan penumpang pada 17 Januari," katanya kepada Bernama di sini semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: