X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan hari ini kelam kabut, bubar saja Parlimen: Pas

Mohd Amar
A
A

KOTA BHARU - Pas menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan rakyat memberi mandat baharu kepada pihak yang mereka mahu sebagai kerajaan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keadaan politik semasa kini dilihat begitu meruncing dan situasi yang kelam kabut itu tidak lagi mampu dikawal oleh Dr Mahathir.

“Sepatutnya ada seorang sahaja ketua. Ini tidak, yang itu nak bercakap, yang ini nak bercakap. Kenyataan pula tidak selari dan bercanggah antara satu sama lain.

"Sebab itu, kalau tanya kepada kami bagi pihak pembangkang, bubar sahaja Parlimen. Beri mandat kepada rakyat untuk pilih kerajaan yang rakyat yakin,” katanya kepada media.

Beliau berpandangan, ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang ini boleh memberi kesan dan tanggapan kurang baik kepada pelabur.

"Nilai duit kita jatuh antara kesannya. Saya tidak pernah tengok atau jumpa kerajaan yang kelam kabut seperti ini.

"Kalau Dr Mahathir boleh kawal, ia tidak akan jadi macam ini," katanya.