Isteri Harith Iskander fail cerai selepas 14 tahun bersama

Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di mahkamah.
Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di mahkamah.
A
A
A

ISTERI kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, Jun lalu.

"Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu," kata Dr Jezamine.

Dia bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.

"No comment for now. After our court hearing baru comment (Tiada komen buat masa ini. Mungkin selepas perbicaraan saya akan ceritakan)," katanya ringkas kepada Astro Awani pada Selasa.

Difahamkan kes perceraian Dr Jezamine dan Harith Iskander bakal disebut di mahkamah, bulan ini.

Dr Jezamine sebelum ini juga dilapor memuat naik gambar bersama peguam Datuk Akberdien Abdul Kadir yang sering mewakili artis dalam kes-kes perceraian.

Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu daripada Harith Iskander, 58, tidak berjaya apabila dia memilih untuk mengunci mulut.

Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!