Anwar mahu pelancong dari China dipantau

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pengunjung ke Malaysia, terutama dari China dipantau.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan mengikut arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung koronavirus ini dari terus merebak.

"Saya mengambil maklum terhadap penularan koronavirus di Malaysia selepas ia meragut 41 nyawa setakat hari ini di China.

"Saya menggesa semua pihak untuk mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, selain membawa penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan untuk digunakan apabila perlu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Anwar mahu seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan agar wabak ini dapat diatasi dengan segera.

Artikel Berkaitan: