[VIDEO] Koronavirus: Penduduk tiba-tiba rebah di jalan

Penduduk mendapatkan rawatan tiba-tiba rebah di hospital.
Penduduk mendapatkan rawatan tiba-tiba rebah di hospital.
A
A
A

WUHAN - Penularan wabak koronavirus dilihat semakin membimbangkan apabila merekodkan kematian seramai 25 orang dengan bilangan kes melonjak kepada 830 kes.

Di laman sosial, tular beberapa video memaparkan penduduk di Wuhan disyaki menghidap virus itu secara tiba-tiba rebah hingga mengundang panik dalam kalangan masyarakat.

Menerusi Daily Star, beberapa individu dilihat terbaring di jalan raya dan ada juga terbaring ketika menunggu giliran menerima rawatan di hospital.

Kejadian itu disaksikan oleh beberapa individu yang berada di lokasi.

Video tersebut juga memaparkan kepantasan anggota perubatan mengatasi masalah tersebut dengan membawa mangsa ke hospital dengan kadar segera.

Menerusi video dimuat naik di Twitter Badiuco, dapat dilihat anggota perubatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki terbaring di kaki lima sebuah bangunan.

Anggota perubatan melakukan pemeriksaan kepada seorang lelaki yang tiba-tiba rebah di jalan.
Anggota perubatan melakukan pemeriksaan kepada seorang lelaki yang tiba-tiba rebah di jalan.

Lelaki itu tidak berdaya untuk berdiri sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini video itu ditonton lebih 1.1 juta tontonan sejak dimuat naik semalam.

2019-nCoV mula tersebar di Wuhan sejak awal bulan ini apabila beberapa individu memiliki simptom seperti pneumonia, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan ia adalah wabak koronavirus yang baharu.

Beberapa kes di luar Wuhan mula dikesan kemudian, termasuk di Beijing, Shanghai dan Guangdong, selain Thailand, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat, juga Singapura.

Mengulas perkara itu, netizen berharap pihak berkaitan dapat mengatasi masalah itu dengan segera.

"Saya berharap ia dapat diatasi, doa untuk Wuhan." kata Elite.

Kata Graham, "Wabak ini sungguh bahaya, kini ramai dah meninggal. Sila pakai 'mask' di mana sahaja."