X

Kindly register in order to view this article
!

Shangri-La bersihkan bilik didiami pesakit koronavirus

Rasa Sentosa Resort and Spa
Rasa Sentosa Resort and Spa
A
A

SINGAPURA - Shangri-La dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pihaknya sudah membersihkan bilik yang didiami oleh pesakit pertama disahkan positif koronavirus di Rasa Sentosa Resort and Spa.

Menurut Naib Presiden bagi Operasi Shangri-La di Asia Tenggara dan Australasia, Josef Dolp berkata, pesakit pertama itu menetap di hotel itu bersama keluarganya bermula 20 Januari lalu.

“Dua hari kemudian, dia memberitahu kakitangan hotel bahawa beliau tidak sihat.

"Bilik-bilik tempat mereka tinggal itu dibersihkan secara menyeluruh setelah mereka meninggalkan hotel itu. Bilik itu juga sudah ditutup," katanya.

Selain itu, Dolp menjelaskan, empat kakitangan hotel itu juga dikuarantin kerana mereka ada berhubung dengan pesakit pertama koronavirus.

“Kami minta mereka tinggal di rumah dan tunggu hasil keputusan," katanya.