Syed Husin Ali meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang memuat naik khabar duka berkenaan di akaun media sosialnya, turut memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang sejak Hari Raya Haji kedua lalu.
Terdahulu, keadaan Allahyarham dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Perkara itu dikongsikan anaknya, Muhammad Ali yang memaklumkan bahawa keadaan kesihatan ayahnya itu merosot secara tiba-tiba.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Presiden Parti Rakyat Malaysia dan profesor di Universiti Malaya.
Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk 'Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara' yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta 'Sejarah dan Dasar Perjuangan Keadilan'.
Syed Husin juga banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain merupakan antara tokoh senior yang sudah lama berjuang dalam politik tanah air.
Fahmi turut berkongsi, beliau pernah membantu kempen Allahyarham pada Pilihan Raya Umum 2004 sewaktu beliau bertanding di kawasan Petaling Jaya Selatan. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -MA63 perlu diangkat sebagai naratif nasional, bukan isu Sabah dan Sarawak semata-mata - Kamil Munim
11 September 2026 10:18pmAhmad Zahid perlu lebih bertanggungjawab, elak polemik isu kuota BUDI95
11 September 2026 08:06pmFadillah berkongsi hantaran di laman media sosial Facebook pada Jumaat. Foto Facebook Fadillah YusofMA63: Perbincangan dengan semangat keterbukaan, cari titik persamaan - Fadillah
11 September 2026 06:12pmUMNO harap permohonan Najib dipertimbang tanpa kelewatan - Asyraf Wajdi
11 September 2026 05:38pm[VIDEO] Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah
11 September 2026 02:10pmMayat bayi ditemukan dalam lokar asrama pelajar perempuan
11 September 2026 04:53pmCerun runtuh, trafik sesak hingga 15km di Terowong Menora - Ipoh
11 September 2026 06:55pm- Iklan -- Iklan -
